BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, April 2, 2011

Lumrah Seorang Remaja

entri kali ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab2mengapa
ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa
berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi
risiko adalah satu lumrah kehidupan kita..

Sekarang nikmatilah khazanah ini…..

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta
memang tidak salah..Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia.. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct.. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
jasad perlukan makanan.. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja.. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya.. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin
hubungan cinta.. Di sinilah selalunya remaja terjebak.. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt.. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
FITNAH.. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan..

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA.. Allah
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.. Keinginan tanpa
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.. Begitulah hubungan
cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam
kehidupan.. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan
sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri..
Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg
membelakangkan Tuhan!!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat..
Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kuat tertipu dengan pesona
cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.. Jangan
kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan..
Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan
meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.. Pada ketika itulah cinta
dikatakan buta.. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang
dicintainya..
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang
dicintainya.. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik
dengan cinta yang dikurniakaNya.. Bagaimanakah pula perasaan kita
agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang..
Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan
antaranya.. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi
dengan rasa manis dan megah..

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan
antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim..

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan
Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku..

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta.. Racun-racun berbisa
yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.. Akhirnya pohon
cinta terlarang pun berbuah..
Buah yang pahit, masam dan memabukkan.. Buah yang muncul dengan
pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi..

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya..
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi
pergerakkannya perlu diatur dan dikawal.. Jika tidak, dengan kuasa
itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan.. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan..

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana
mengharapkan keredhaan ALLAH..
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt..

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai ALLAH..

Sehubungandengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untuk ALLAH!..

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya..

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,
tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" ..


Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,
dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan
soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat
beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT..
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.. Lebih buruk
lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar
untuk bersuka-suka.. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat
dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan
syaitan.. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana ALLAH..
Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa
kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali.. Cinta
jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!


Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
hukum ALLAH yang dilanggar..

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkansembahyang,
puasa dan lain-lain..

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang
melalaikan dan merugikan..

Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,

" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,
tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?


Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan..
Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka
baja ini.. Justeru banyaklah cinta
yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan..
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya
buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA..

Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.. Dan cinta itu pasti
akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
seribu keindahannya.. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
itu akan terus bersambung ke alam akhirat.. Suami yang soleh dan
isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama
yang melahirkan cinta!


Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Moga bermanfaat....wassalam

Friday, March 18, 2011

inDahNya pEnDerITaan


"Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hamba, maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah, maka dia jauh daripada kasih sayangNYA.."

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..Aku memperkenankan permintaan orang-orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu,oleh sebab itu perkenankanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu supaya mereka menempuh jalan yang lurus''..(al-Baqarah:186)

onigiriemoticon
dua patah perkataan yang boleh mengubah hidup kita dengan kehendak Allah SWT iaitu:-

''SPECIAL REQUEST''

Special request ditujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan orang yang semakna dengannya..
manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana kita memandang nasib malang dengan cara memurnikannya..

lalu timbul persoalan...

request daripada siapa???

''dari ALLAH..''

sebab???

''dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji..''(al-Ankabut:12)

apa yang Allah request???

''sabar, redha, dan bersangka baik..''

jika tidak???

''hidup akan menderita sakit jiwa, gangguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri..dan akhirnya di akhirat pulak akan masuk neraka..''
apa yang special???

''special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk diuji.. bukan semua orang dapat..
dan special sebab bila kamu penuhi request ini, hati akan jadi tenang, hidup akan bahagia dan apabila mati masuk syurga..''dengan rahmat Allah

baiklah..
untuk memudahkan kamu..
senang macamnie..

''Special Request''

bemaksud

''janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji, dan kerana itu Allah menguji kita kerana Allah sayang kepada kita..kerana kita special dan kerana itu ''request'' adalah sabar, redha dan baik sangka dan yang sewaktu dengannya..''
kerana beginilah caranya Allah hendak menyelamatkan kita dari azab api neraka yang panas membara..
dan beginilah cara untuk masukkan kita ke dalam syurga yang abadi, bukanlah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

''Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami): sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..''(al-Baqarah:127)

''Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu..jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam kepadaMu, dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani...''(al-Baqarah:128)

sekiranya penderitaan itu mmbawa tanda ujian ALLAh kepada hambanya, penderitaan itu mmg indah.. 
Ya Allah. . Lindungi lah kami dari azab api neraka hatta asapnya sekali pun. Lindungi lah kami dari azab kubur. Lingdungilah kami dari fitnah dajjal. Amin.

Thursday, March 10, 2011

enjet2 semut..sape sakit naek atas..

"Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari." Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."Surah An-Naml ayat 17-19

****************
Semut..kejenya menghimpun mknn tanpa henti..siang malam pagi ptg dia berusaha tanpa rehat..belum pernah dilihat seekor semut t'baring keletihan..dia hanya diusung oleh teman2nya apabila dia mengalami kesakitan ataupun stlh mati..selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja..semut leh menghimpun mknn untuk bekalan yg amat lama sedangkan usianya ta lah lbih lama drpd byknya bekalan mknn yg leh dihimpunnya itu..

Semut2 penganyam adalah tukang jahit yg mahir..mereka menyambung daun2 ngan menariknya drpd dua bahagian dan menjahit daun2 tuh bersama..ngan cara ini, mereka membuat rumah yg baik utk diri mereka..semut mempunyai jenis yg lbh byk drpd hidupan2 yg lain..
Drpd setiap 700 juta semut yg dilahirkan ke dunia, hnya t'dpt 40 kelahiran manusia..ngan kata lain, jumlah semut2 di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.. berjuta2..
Kehebatan sifat2 semut ta berakhir di sini je..Walaupun, berjuta2 mereka tinggal b'sama, mereka ta mempunyai sebarang masalah di antara mereka, ta ada kekeliruan atau kecamukan..mereka hidup di dlm kehidupan yg begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.. 
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, keje gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yg amat istimewa utk di ambil..semut berkomunikasi ngan isyarat kimia iaitu semiokemikal zat kimia yg digunakan semut ukk tujuan menetapkan komunikasi (Feromon)..semut yg pling b'bahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.. 
Semua spesies semut, yg jumlahnya mencapai kira2 8.800 spesies, mencari mknn dan membawanya pulang ngan cara yg berbeza2..dlm spesies2 t'tentu, semut b'buru sendirian dan membawa pulang mknnya masing2.. spesies lain b'buru b'kelompok dan membawa serta menjaga mknnnya bersama2..
full stop...jom tgk gambar semut lak...
Semut2 mempunyai tugas2 b'beza. Mereka bekerja keras pada keje mereka tanpa berehat.
Semut adalah makhluk yg dpt idup hanya dgn b'kelompok. Mereka ta dpt b'tahan idup sendirian.


 makhluk yg sgt kecil menjalani hidup mereka secara tertib sempurna meskipun ukurannya kecil..

Walaupun tubuh mereka kecil, mereka dpt membina sarang yg begitu besar.

taip kt google image..tbe2 antu mak limah yg kuar..hahaha


*************

p/s: timbul kesedaran dlm diri nie betapa selama nie ak byk membuang masa dan hanyut dgn arus masa, merasa selesa dgn pe yg dah ada...kadang2 t'lintas gak di fikiran, sedangkan semut yg kecil nie boleh wat p'kara yg besar apatah lagi ak yg lagi besar drpdnya..dah pastinya boleh wat p'kara yg lagi besar drpd tuh..

Tuesday, March 8, 2011

realiti ak..


aku seperti kaktus digurun pasir
berusaha tegar
mengharapkan fatamorgana tiba
apalah dayaku
jika mentari membuatku rapuh
apalah dayaku jika tak ada lagi cita untukku
aku muak
kau datang lagi kekehidupanku
kembali mengemis cinta
aku bosan mendengar kata itu
aku lelah,letih ……
ingin ku teriakkan tangisan tak bersuara ini
apa maumu?
jangan kau bunuh aku perlahan
aku sangat tersakiti
aku benci …..
jangan kembali lagi
pergilah … pergilah …..

BINTANG!!!

ASSALAMUALAIKUM...

dulu taim aku kecik..aku suka sangat tengok bintang..cantik kan bintang..pastu aku suka tengok bintan gyang paling cerah...suatu ari mama cakap kat aku kalau kita rindu kan someone pandang la bintang yang paling cerah n terang..konon-kononnya someone tuh jugak tengok bintang yang palin cerah tuh..hehehe..betul ke???ntah la..betul ke ta statement nie..aku ta caye mane pon..so iye kan jela..

tapi bila aku masuk sekolah lak..aku ada kenangan ngan kawan baik aku pasal bintang..ingat lai taim tuh ada sport check besar besaran kat asrama pasal kecurian purse..ishh..meremang lak bulu roma bila ingat-ingat balik..semua pelajar ta dibenarkan masuk bilik..banyak sangat bintang taim tuh..aku ngan anis duduk tengok bintang kat dataran sekolah sambil nyanyi lagu "Kau Ilhamku"..bestnye taim tuh..sweet sangat..samapi arinie bile aku dengar lagu tuh mesti aku teringat anis..  haha...bangga gila la kalau dia bace nie..mesti kembang kempes hidung die..hahaha..maaf anis kutuk ko...

and then bila aku melangkah masuk alam kolej lak, aku kaji tentang bintang..tapi bukan astronomi la..tapi falak syarie..aku belajar cara nak cari arah kiblat..waktu solat..nama-nama bintang..putaran bumi pada paksinya..banyak agi la..aku cakap pon bukan korang faham..kadang-kadang biol gak aku study semua nie..tapi yang penting puas..aku minat..aku ta ikut kawan-kawan pon taim isi subjek pilihan..tapi dalam kelas ta sangka aku dengan kawan baik aku sekali..huhu..suke-suke..dia pon suka tengok bintang cam aku...tuh aku lagi suka...

wa...banyaknye jugak ek bintang dalam hidup aku..sejak aku kecil sampai besar..tuh belum lagi kawen..dapat anak n then taim tua..weh-weh..lambat lagi la..kalau berangan nombor 1 aku nie...haha..okey..malam nie ta leh tengok bintang..hujan...chow..selamat membaca,...

p/s: bestnye kalau dapat tengok bintang same-same ngan suami..di bawah cahaya rembulan...romantiknya...

Friday, March 4, 2011

assalamualaikum...ta taw la ak dapat hidayah dari mana arinie ak nak wat entry yang berkenaan dengan masjid...baru ak teringat aritu lecture ak ad gtaw tentang masjid cordova cordoba..ak tertarik sangat dengar die cerita...die kata masjid nie unik sangat..tu yang ak beria2 nk tgk sendiri...tp kita hanya mampu merancang..ak terlupa..baru sekarang nie ak teringat...adoy...itu la asyik makan asam je..kan da lupa...hok3x...ok kita sambung semula...bace taw!!!


*
*
*
*
*
*


*
*
*

*
*
*

*
*
*

Menyorot sejarah Masjid Cordoba pada abad ke-10, ia mencapai puncak kegemilangan di bawah Khalifah Abdul Rahman 3. Masjid Cordoba mencapai zaman kegemilangannya kerana Khalifah Abdul Rahman 3 merupakan antara pemerintah hebat yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pada masa tersebut, Cordoba merupakan kota terbesar dalam empayar Islam dan kota paling pesat membangun di Eropah mengalahkan kota-kota yang sezaman dengannya seperti Byzantium dan Baghdad terutamanya dalam bidang sains, kebudayaan dan kesenian. Cordoba menjadi taman dan raudah ilmu yang begitu pesat sehingga melahirkan pemuka pemuka ilmu yang hebat seperti Ibn Rusyhd dan Imam Qurtubhi.



Tidak hairanlah apabila tercatat dalam sejarah orang bukan Islam yang hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam ketika itu begitu mengagumi Islam sehingga mereka meniru pakaian umat Islam yang menutup aurat tersebut. Benarlah kata-kata Sheikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, tokoh agamawan India yang menyatakan bahawa sebab orang Islam meniru pakaian Barat kerana orang Barat itu dianggap maju dan umat Islam dianggap mundur. Secara psikologinya apa yang datang dari Barat itu semuanya maju termasuk cara berpakaiannya yang ternyata jauh menepati syariat Islam. Justeru, umat Islam harus bangkit menjadi umat yang maju agar umat manusia kembali dibimbing oleh syariat Islam. Ikutlah formula alim ulama yang menyatakan, “Barat maju kerana meninggalkan agama tapi umat Islam mundur kerana meninggalkan agama.”


Kehebatan
Apabila melangkah masuk ke kawasan Masjid Cordoba terserlah kehebatan seni binanya dan terasa dibawa kembali ke zaman keemasannya. Kawasan halamannya yang luas diserikan dengan pepohon yang kelihatan seakan-akan oren yang disebut sebagai ‘Lindaraja’ yang hidup subur di situ serta kolam-kolam air yang memancut air segar yang menenangkan jiwa. Namun apabila memasuki ruang dalam Masjid Cordoba hati  berasa sedih bercampur marah apabila melihat masjid agung ini dipenuhi dengan puluhan patung dan salib Kristian di hampir setiap dinding tepi masjid. Di bahagian tengah masjid pula tersergam kawasan upacara sembahyang agama Kristian yang disebut sebagai altar. Hampir keseluruhan seni bina yang ditambah oleh pemerintah Kristian selepas mereka menguasai masjid ini adalah semata-mata cuba untuk menandingi kehebatan seni bina Islam yang ternyata tiada tandingannya.

Inilah yang dilakukan oleh pemerintah Kristian di hampir semua bandar di Andalusia yang dikuasai semula daripada tangan pemerintah Islam iaitu menukarkan masjid yang sedia ada kepada gereja. Menurut seorang penulis Barat, Lawrence Bohme, pemerintah Kristian telah melakukan ‘jenayah’ kepada kesenian Islam Moors apabila menukarkan masjid yang suci kepada gereja dan penambahan di dalam masjid oleh pihak Kristian disifatkan beliau sebagai strange hybrid iaitu satu kacukan kesenian yang pelik. Masjid agung ini sunyi daripada orang yang sujud menyembah Allah apabila tidak dibenarkan dijadikan tempat untuk bersolat dan ia dikawal oleh sekumpulan pasukan polis. Mihrab masjid walaupun terpelihara namun ia dipagari oleh pagar besi seolah-olah tidak dibenarkan untuk didekati apatah lagi untuk umat Islam bermunajat. Tambah berasa terhina dan berdukacita apabila di satu sudut masjid tergantung gambar lukisan cat minyak menggambarkan seorang dua umat Islam berjubah dan berserban tunduk kehinaan menyerahkan kunci masjid kepada pemerintah Kristian yang berdiri dengan penuh kebongkakan setelah berjaya menguasai Cordoba dan Masjid Agungnya. Lukisan ini menggambarkan betapa peritnya jiwa umat apabila terpaksa menyerahkan maruah keagungan rumah Allah kepada kaum yang bukan ahlinya!.



Jika hendak berbicara soal kehebatan seni bina masjid ini pasti tidak terungkap dengan tinta dan pena kerana ia mengandungi 1,001 makna yang mendalam. Namun apa yang jelas tugasan umat bukan hanya memastikan Baitulmaqdis dibebaskan bahkan Masjid Agung Cordoba juga mengharapkan pembelaan yang sewajarnya daripada umat apabila lebih 700 tahun sunyi dan gersang daripada munajat dan doa umat yang sujud mengharapkan limpahan dan hembusan rahmat Allah.

Wednesday, March 2, 2011

assalamualaikum..da lama ta update blog..ta taw nk tulis pe sebenarnya..tu la ikut kawan lagi..orang wat blog..dia pon nak wat jgak..pape ntah kan saya nie..hehe..
urm...tibe2 arinie rasa nak update..tapi nak tulis pe ek????...jap2 nk pikir...urmmmmmmm...
ok..da jumpe idea da...ari nie nk bercintan cintun la...tapi xtaw nk bg tjuk pe..

KASIH & CINTA ta akan berhenti selagi SAYANG masih ada..

SAYANG ta akan luput jika ia sentiasa diJAGA...

JAGALAH sesuatu percakapan agar tiada yang terguris HATI..

HATI  akan mati jika kita hilang KEPERCAYAAN..

KEPERCAYAAN yang ada itu gunalah sepenuhnya agar kita selalu berSYUKUR..

BERSYUKURLAH dengan apa yang kita ada sekarang..

sebab....

mungkin perhubungan yang dibina sekarang lebih baik dari masa akan datang..

kerana...

belum pasti kita akan dapat melihat senyuman dan tawanya..

jadi....

jagalah hubungan agar ia kekal abadi



sedap ta ayat yang aku reka2 nie..cam penah jumpe je ayat nie..tapi lupa la katne..urmm...xpe la halal taw...hehehe..

p/s: bahagiakan lah orang kamu sayangi sekarang dengan gurauan senda...