BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 18, 2011

inDahNya pEnDerITaan


"Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hamba, maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah, maka dia jauh daripada kasih sayangNYA.."

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..Aku memperkenankan permintaan orang-orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu,oleh sebab itu perkenankanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu supaya mereka menempuh jalan yang lurus''..(al-Baqarah:186)

onigiriemoticon
dua patah perkataan yang boleh mengubah hidup kita dengan kehendak Allah SWT iaitu:-

''SPECIAL REQUEST''

Special request ditujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan orang yang semakna dengannya..
manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana kita memandang nasib malang dengan cara memurnikannya..

lalu timbul persoalan...

request daripada siapa???

''dari ALLAH..''

sebab???

''dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji..''(al-Ankabut:12)

apa yang Allah request???

''sabar, redha, dan bersangka baik..''

jika tidak???

''hidup akan menderita sakit jiwa, gangguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri..dan akhirnya di akhirat pulak akan masuk neraka..''
apa yang special???

''special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk diuji.. bukan semua orang dapat..
dan special sebab bila kamu penuhi request ini, hati akan jadi tenang, hidup akan bahagia dan apabila mati masuk syurga..''dengan rahmat Allah

baiklah..
untuk memudahkan kamu..
senang macamnie..

''Special Request''

bemaksud

''janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji, dan kerana itu Allah menguji kita kerana Allah sayang kepada kita..kerana kita special dan kerana itu ''request'' adalah sabar, redha dan baik sangka dan yang sewaktu dengannya..''
kerana beginilah caranya Allah hendak menyelamatkan kita dari azab api neraka yang panas membara..
dan beginilah cara untuk masukkan kita ke dalam syurga yang abadi, bukanlah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

''Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami): sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..''(al-Baqarah:127)

''Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu..jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam kepadaMu, dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani...''(al-Baqarah:128)

sekiranya penderitaan itu mmbawa tanda ujian ALLAh kepada hambanya, penderitaan itu mmg indah.. 
Ya Allah. . Lindungi lah kami dari azab api neraka hatta asapnya sekali pun. Lindungi lah kami dari azab kubur. Lingdungilah kami dari fitnah dajjal. Amin.

0 comments: