BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 4, 2011

assalamualaikum...ta taw la ak dapat hidayah dari mana arinie ak nak wat entry yang berkenaan dengan masjid...baru ak teringat aritu lecture ak ad gtaw tentang masjid cordova cordoba..ak tertarik sangat dengar die cerita...die kata masjid nie unik sangat..tu yang ak beria2 nk tgk sendiri...tp kita hanya mampu merancang..ak terlupa..baru sekarang nie ak teringat...adoy...itu la asyik makan asam je..kan da lupa...hok3x...ok kita sambung semula...bace taw!!!


*
*
*
*
*
*


*
*
*

*
*
*

*
*
*

Menyorot sejarah Masjid Cordoba pada abad ke-10, ia mencapai puncak kegemilangan di bawah Khalifah Abdul Rahman 3. Masjid Cordoba mencapai zaman kegemilangannya kerana Khalifah Abdul Rahman 3 merupakan antara pemerintah hebat yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pada masa tersebut, Cordoba merupakan kota terbesar dalam empayar Islam dan kota paling pesat membangun di Eropah mengalahkan kota-kota yang sezaman dengannya seperti Byzantium dan Baghdad terutamanya dalam bidang sains, kebudayaan dan kesenian. Cordoba menjadi taman dan raudah ilmu yang begitu pesat sehingga melahirkan pemuka pemuka ilmu yang hebat seperti Ibn Rusyhd dan Imam Qurtubhi.



Tidak hairanlah apabila tercatat dalam sejarah orang bukan Islam yang hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam ketika itu begitu mengagumi Islam sehingga mereka meniru pakaian umat Islam yang menutup aurat tersebut. Benarlah kata-kata Sheikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, tokoh agamawan India yang menyatakan bahawa sebab orang Islam meniru pakaian Barat kerana orang Barat itu dianggap maju dan umat Islam dianggap mundur. Secara psikologinya apa yang datang dari Barat itu semuanya maju termasuk cara berpakaiannya yang ternyata jauh menepati syariat Islam. Justeru, umat Islam harus bangkit menjadi umat yang maju agar umat manusia kembali dibimbing oleh syariat Islam. Ikutlah formula alim ulama yang menyatakan, “Barat maju kerana meninggalkan agama tapi umat Islam mundur kerana meninggalkan agama.”


Kehebatan
Apabila melangkah masuk ke kawasan Masjid Cordoba terserlah kehebatan seni binanya dan terasa dibawa kembali ke zaman keemasannya. Kawasan halamannya yang luas diserikan dengan pepohon yang kelihatan seakan-akan oren yang disebut sebagai ‘Lindaraja’ yang hidup subur di situ serta kolam-kolam air yang memancut air segar yang menenangkan jiwa. Namun apabila memasuki ruang dalam Masjid Cordoba hati  berasa sedih bercampur marah apabila melihat masjid agung ini dipenuhi dengan puluhan patung dan salib Kristian di hampir setiap dinding tepi masjid. Di bahagian tengah masjid pula tersergam kawasan upacara sembahyang agama Kristian yang disebut sebagai altar. Hampir keseluruhan seni bina yang ditambah oleh pemerintah Kristian selepas mereka menguasai masjid ini adalah semata-mata cuba untuk menandingi kehebatan seni bina Islam yang ternyata tiada tandingannya.

Inilah yang dilakukan oleh pemerintah Kristian di hampir semua bandar di Andalusia yang dikuasai semula daripada tangan pemerintah Islam iaitu menukarkan masjid yang sedia ada kepada gereja. Menurut seorang penulis Barat, Lawrence Bohme, pemerintah Kristian telah melakukan ‘jenayah’ kepada kesenian Islam Moors apabila menukarkan masjid yang suci kepada gereja dan penambahan di dalam masjid oleh pihak Kristian disifatkan beliau sebagai strange hybrid iaitu satu kacukan kesenian yang pelik. Masjid agung ini sunyi daripada orang yang sujud menyembah Allah apabila tidak dibenarkan dijadikan tempat untuk bersolat dan ia dikawal oleh sekumpulan pasukan polis. Mihrab masjid walaupun terpelihara namun ia dipagari oleh pagar besi seolah-olah tidak dibenarkan untuk didekati apatah lagi untuk umat Islam bermunajat. Tambah berasa terhina dan berdukacita apabila di satu sudut masjid tergantung gambar lukisan cat minyak menggambarkan seorang dua umat Islam berjubah dan berserban tunduk kehinaan menyerahkan kunci masjid kepada pemerintah Kristian yang berdiri dengan penuh kebongkakan setelah berjaya menguasai Cordoba dan Masjid Agungnya. Lukisan ini menggambarkan betapa peritnya jiwa umat apabila terpaksa menyerahkan maruah keagungan rumah Allah kepada kaum yang bukan ahlinya!.



Jika hendak berbicara soal kehebatan seni bina masjid ini pasti tidak terungkap dengan tinta dan pena kerana ia mengandungi 1,001 makna yang mendalam. Namun apa yang jelas tugasan umat bukan hanya memastikan Baitulmaqdis dibebaskan bahkan Masjid Agung Cordoba juga mengharapkan pembelaan yang sewajarnya daripada umat apabila lebih 700 tahun sunyi dan gersang daripada munajat dan doa umat yang sujud mengharapkan limpahan dan hembusan rahmat Allah.

0 comments: