BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 19, 2011

::...air mata wanita...::



Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”

Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah
“air mata kehidupan.”

Wednesday, May 18, 2011

::Renungkanlah::

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail..hendaklah kamu mengambil ikan itu..janganlah sesekali kamu melepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARGAAN kepada seseorang..setelah ia mulai MENYAYANGIMU,hendaklah kamu MENJAGA hatinya..janganlah sesekali kamu meninggalkan begitu sahaja,,kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air,biarlah berpada-pada..jangan terlalu mengharap pada takungannya..dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar KEPERLUANMU...apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu cuba..mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..jangan kamu terlalu menggangumi&janganlah kamu menanggap begitu ISTIMEWA..anggaplah ia manusia biasa..apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu MENERIMANYA..akhirnya kamu kecewa dan menninggalkan,..sedangkan jika kamu MEMAAFKANYA..boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu mengenyangkan. berkhasiat...mengapa kamu berlengah cuba mencarimakanan yang lain,,,terlalu ingin mengejar kelazatan,.kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya,..kamu akan MENYESAL..

Begitu juga jika kamu bertemu dengan seseorang yang pasti membawa kebaikan pada dirimu MENYAYANGIMU..MENGASIHMU..mengapa kamu berlengah cuba MEMBANDINGKANya dengan yang lain..terlalu mengejar KESEMPURNAAN..kelak kamu akan KEHILANGANNYA,.apabila dia menjadi milik orang lain...

Monday, May 16, 2011

::Leka dalam perangkap masa::

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa merupakan nikmat Allah untuk kita..selagi kita hidup,kita akan menjalani hari-hari seiring dengan masa, menempuh hari siang dan malan silih berganti..

Setiap musim akan memulakan hari dengan melakukan ibadat sembahyang dan mengakhirinya juga dengan sembahyang, iaitu sembahyang Subuh dan Isyak.. jelasnya, seolah-olah seorang muslim itu hidup di antara dua sembahyang..

Apabila datang musim cuti, apakah amalan bangun pagi berterusan seperti biasa?.. kalau kita menjadi liat ataupun malas untuk bangun awal, bermakna kita tidak jujur dalam menguruskan masa.. apa yang kita lakukan selama ini adalah dalam keadaan terpaksa..



Banyak Aktiviti Terabai..
Kita mesti sedar, masa beredar begitu pantas.. seminggu berlalu kadang-kadang tidak terasa bagi kita, terutama apabila kita berada dalam keseronokan dan kegembiraan.. cuma dalam keadaan sedih atau berduka, barulah kita berasa masa terlalu lama..

Dalam mengisi hari-hari gembira, apakah kita terperangkap dengan masa?..apakah kita banyak menghabiskan masa dengan berhibur, menonton televisyen atau melepak sana-sini?..sia-sia masa kita jika kita melakukan kerja-kerja yang tidak berfaeedah dan sebagainya..

Sekiranya kita menggunakan masa untuk menonton televisyen tanpa mengira waktu misalnya, banyak aktiviti lain akan terabai..kita tidak dapat mengulang kaji pelajaran, membaca buku dan bermesra dengan family..

Menurut kajian yang dilakukan, menonton televisyen terlalu lama akan menjadikan seseorang itu pendiam, lebih menyendiri dan tidak suka bergaul, otak menjadi beku, berat mulut dan perahsia..seronokkah jika kita mempunyai peribadi begini?..

Selain itu, televisyen juga membawa banyak kesan negatif.. cerita yang dipaparkan ada yang berunsur ganas, seram, berunsur syirik dll..

Tidak menghairankan, ada yang sanggup meniru dari apa yang telah mereka tonton melalui televisyen.. kita pernah membaca laporan rakan sebaya yang nekad menjadi hero seperti aksi dalam filem.. mereka sanggup membahayakan diri semata-mata untuk berseronok..

Terlepas Waktu Maghrib
Begitu juga ketika bermain..untuk menyihatkan tubuh, kita perlu mengeluarkan peluh.. namun, janganlah leka sampai tidak tahu membataskan waktu.. ada di kalangan kita tidak sedar berada di padang sehingga azan Maghrib dilaungkan dan berlalu begitu sahaja..sepatutnya, kita pulang lebih awal untuk bersiap menunaikan sembahyang secara berjemaah di surau ataupun bersama keluarga..

Alangkah ruginya jika kita hanyut dalam permainan masa sehingga kehilangan punca..gunakanlah masa dengan pengisian yang berfaedah tanpa mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar..aktiviti yang tidak membawa manfaat seperti melepak, berbual kosong, melayari internet berjam-jam dll adalah perangkap masa yang melalaikan..

Orang yang berjaya adalah orang yang pandai menghargai masa.. tidak wajar kita melepaskan masa berlalu begitu sahaja..jadi kita hendaklah tahu membahagikan masa antara belajar, bermain dan berehat..


Saturday, May 7, 2011

muslimah Sejati..

Bismillahhirahmanirahim.. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Semoga sahabat sekalian sentiasa dalam keberkatannya..

Kejadian seorang wanita begitu unik.. Dari tulang rusuk kiri Adam.. Kaum hawa juga diberikan satu kelebihan iaitu memiliki sifat penyayang.. Namun, apa yang menyedihkan kini, wanita seringkali diekploitasikan dengan memperagakan pakaian- pakaian yang menjolok mata.. Ke mana hilangnya maruah seorang wanita.? Rentetan dari situ, kita dengar banyak kejadian rogol yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.. Apabila nafsu menguasai diri, manusia yang tidak bersalah menjadi mangsa..
Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan keamanan.."

Buat muslimah,
Jadilah seperti mutiara yang dipamerkan di dalam kaca.. Sukar untuk disentuh, dipegang dan diusik sesiapapun.. Namun, ia tetap menjadi rebutan ramai kerana sifatnya yang terpelihara.. Ia begitu bernilai bagi si pemilik. Sekiranya anda ingin membeli sesuatu barang, inginkah anda pada barang yang dipamerkan atau barang lain yang masih berada dalam simpanan penjual..? sudah semestinya bukan yang dipamerkan.. Kerana ia telah diusik oleh pengunjung yang datang ke kedai itu..

Hawa,
Jadilah seperti epal yang berada dipuncak.. Sukar untuk digapai.. Epal yang tidak berkualiti mudah untuk diperolehi kerana ia berguguran di tanah.. Berbeza dengan epal ini.. Kadang-kadang epal ini risau juga.. Kenapa tidak ada sesiapa yang ingin memetik dirinya.. Lantas epal ini merendahkan sedikit martabatnya dan menggugurkan dirinya mneyembah Allah.. Sedangkan epal ini dijadikan begitu istimewa oleh Allah agar tiada siapa berani memetiknya.. Kecuali PEMUDA yang begitu hebat sahaja mampu memilikinya.. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana..

Hawa,
Lupakah engkau pada janji Allah ..? Perempuan- perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula.. ( An-Nur : 26 ). Satu persoalan yang sering ditimbulkan.. Bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang baik berkahwin dengan wanita yang jahat dan sebaliknya?.. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Sekiranya ia berlaku, bermaksud Allah ingin menguji hamba Nya.. Apa yang pasti Al-Quran adalah kalam Allah sepanjang zaman.. Menyingkap kembali sejarah zaman Nabi, hal ini juga berlaku.. Renungkan kembali bagaimana kisah Nabi Ayyub yang ditinggalkan isteri kerana tidak sanggup hidup dengannya yang sakit.. Begitu juga dengan Asiah.. Isteri Firaun.. seluruh dunia mengetahui Firaun merupakan raja yang zalim.. Bagaimana Asiah berdepan dengan situasi ini..?

Terdapat kata-kata yang menyatakan bahawa sekiranya seorang wanita baik memiliki lelaki yang jahat, maka ia akan mendapat ganjaran seperti mana Asiah.. Sekiranya seorang lelaki baik mendapat wanita yang jahat, dia akan diberikan ganjaran seperti Nabi Ayub.. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat penulis pastikan.. Cuma, satu perkara yang ingin diingat, apa yang berlaku kini semua telah jelas di dalam Al-Quran. Hendaklah kita kembali kepada Al-Quran dan sejarah..

Hawa,
Tipu sekiranya ku katakan kau tidak mempunyai perasaan untuk mencintai dan dicintai.. Tapi ingatlah ! lelaki yang baik tidak memandang kepada kejelitaan wajahmu, dan keayuanmu.. Lelaki yang warak tidak mengimpikan sebuah hubungan antara lelaki dan wanita.. Kerana dia tahu tiada hubungan yang dibenarkan antara lelaki dan wanita bukan muhrim melainkan ikatan perkahwinan.. Tapi lelaki yang soleh akan memilih wanita berdasarkan pegangan agamanya.. Yang akan menjadi penjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat..

Adam,
Wanita dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.. Maka, hendaklah dirimu memperbetulkan ia dengan sebaiknya.. Sekiranya tersilap langkah, ia boleh patah.. Awasi setiap perlakuannya.. Seorang wanita yang baik akan menghargai suatu teguran yang diberikan oleh kaum adam untuk kebaikan dirinya..

Adam,
Sanggupkah engkau melihat kaum ibumu ini menjadi makanan api neraka jahannam..? bimbinglah mereka ke jalan yang lurus.. Jalan yang diredhai oleh Khalid.. Bawalah ia bersama-samamu ke majlis-majlis keilmuan.. Agar ia menjadi bidadari kepada dirimu di Syurga kelak..

Adam,
Jangan mendambakan wanita yang solehah sekiranya diri tidak soleh.. Jadilah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik.. Dalam menongkah hidup ini..

Adam,
Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN...kenapa mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus ZULAIKHA...tak perlu menjadi sebahagian IBRAHIM jika diri tak sekuat HAJAR & SARAH...kenapa di damba teman seistimewa KHADIJAH jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w..- chy_ketenteramanku

Wednesday, May 4, 2011

menaGis lah

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat resiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan tetes air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setetes air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita

Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............

Sunday, April 24, 2011

cinta ta terluah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
aku nak kongsi bicara tentang cinta ta terluah..dalam hidup kita, detik jatuh cinta pada someone merupakan antara momen terindah krna perasaan itu hanya hadir beberapa kali saja sepanjang kita hidup kat dunia..apabila ia hadir, seakan kebahagiaan menerpa di jendela hati sekaligus mencetuskan inspirasi untuk kita tampil lbih bergaya serta lebih berhati2 dari sudut tingkah laku serta apa jua tindak tanduk kita di setiap ketika..dalam erti kata lain cover..

semestinya untuk menarik perhatian "si dia" meskipun ta selalu berpeluang untuk bertentang mata apatah lagi berbual mesra..bagi yang bijak menusun strategi untuk memikat "si dia" pasti pelbagai cara akan dicuba untuk "si dia" sedar ada insan yang menaruh hati padanya..contohnya dengan meminta antuan orang tengah untuk menyuarakan isi hati anda e2 ataupon meminta nombor telefon atau menghadiahkan sejambak bunga..

namun ta semua berani melakukan inisiatif camni kerana ad juga sstengah daripada kita yang lebih selesa meminati dari kejauhan, mengikut perkembangan "si dia" dari setiap sudut..situasi camnie terjadi disebabkan pelbagai faktor antaranya, sifat pemalu, rasa rendah diri yang terlalu tinggi..

apabila ini berlaku, secara ta langsung mengundang risiko tinggi yang kita ta akan dapat mencapai impian hati untuk menjadikan "si dia" sebagai pasangan kita kerana disebabkan "si dia" disambar orang kerana faktor terlewat dalam kita menyuarakan hasrat hati untuk mendekati dirinya..so, kiranya anda berdepan dengan situasi ini berusaha lah...lakukan sesuatu untuk mencapai impian di hati kerana bimbang jika kecundang, rasa kecewa akan terus menghantui diri selamanya..renungkan lah!!!
ok, terus jadi pasangan terbaik di kalangan yang terbaik dan jangan sesekali kita lupa dari mana asal usul kita..wassalam..

Wednesday, April 6, 2011

derita putus cinta

BERSEDIH, muram, murung, kecewa, merana, geram malah dendam, segala detik memilukan itu mungkin dialami mereka yang menempuh alam percintaan.

Kasih diharap karam di tengah jalan. Bagi yang bercinta dan ditinggalkan si dia, putus tunang atau mereka yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga, segala perasaan itu bersatu, malah tidak mustahil boleh menjadikan seseorang itu terus memendam rasa.

Seseorang yang putus cinta biasanya menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang sudah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak tenteram, ingatan silam pasti kembali, kesedihan atau kemarahan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua.

Berikut petua menghadapi kemelut perasaan berkenaan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna:

# Ambil sedikit masa untuk diri sendiri

Apabila baru berpisah dengan pasangan, cari tempat menenangkan fikiran dan tarik nafas panjang-panjang. Kemudian, biasakan diri dengan suasana baru itu.

Sebolehnya bagi mereka yang baru bercerai atau berpisah, jangan terburu-buru mencari pasangan baru.

# Mencari hikmah dan pengajaran daripada perpisahan


Setiap perkara yang datang ada hikmahnya. Dalam mencari pengajaran, perlu muhasabah diri atau mengkaji kelemahan diri. Memang tidak dinafikan si dia mempunyai kelemahan namun masing-masing kena reda dengan ketetapan Ilahi.

# Berkongsi dan meluahkan rasa hati dengan rakan atau saudara terdekat

Sebolehnya jangan pendam perasaan seorang diri terutama bagi wanita. Ia boleh diibaratkan luka yang menjadi nanah apabila dipendam lama-lama. Carilah rakan atau saudara dekat bagi melepaskan rasa hati.

Melepaskan rasa hati ini tidak bermaksud bercerita segalanya pada mereka. Cukup dengan melakukan aktiviti baru dan menikmatinya. Itu sudah cukup untuk melepaskan rasa dalam hati dan minda.

# Bersedih berpada-pada

Jangan salahkan diri ataupun sesiapa walaupun ia bukan berpunca daripada diri kita. Semua orang melakukan kesilapan.

Ada sesetengah yang berasa diri dibuang dan tidak diperlukan lagi. Cukup! Berhenti! Mungkin bagi si dia tidak diperlukan, tetapi masih ramai orang lain yang memerlukan kita. Kita mampu mencari cinta yang lain. Teruskan hidup.

# Jangan serik untuk bercinta

Jangan takut atau fobia untuk bercinta lagi. Teruskan mencari cinta baru. Dapatkan pelbagai pandangan daripada rakan, saudara mara dan sesiapa yang mampu memberi pendapat.

Jangan malu dan paling penting, jangan lakukan kesilapan lalu.

# Berdoa dan bertawakal kepada Tuhan

Ingat sesuatu yang baik ataupun buruk di tangan Yang Maha Kuasa. Banyakkan berdoa agar mendapat jodoh yang lebih baik.

Saturday, April 2, 2011

Lumrah Seorang Remaja

entri kali ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab2mengapa
ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa
berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi
risiko adalah satu lumrah kehidupan kita..

Sekarang nikmatilah khazanah ini…..

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta
memang tidak salah..Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia.. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct.. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
jasad perlukan makanan.. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja.. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya.. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin
hubungan cinta.. Di sinilah selalunya remaja terjebak.. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt.. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
FITNAH.. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan..

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA.. Allah
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.. Keinginan tanpa
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.. Begitulah hubungan
cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam
kehidupan.. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan
sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri..
Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg
membelakangkan Tuhan!!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat..
Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kuat tertipu dengan pesona
cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.. Jangan
kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan..
Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan
meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.. Pada ketika itulah cinta
dikatakan buta.. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang
dicintainya..
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang
dicintainya.. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik
dengan cinta yang dikurniakaNya.. Bagaimanakah pula perasaan kita
agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang..
Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan
antaranya.. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi
dengan rasa manis dan megah..

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan
antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim..

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan
Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku..

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta.. Racun-racun berbisa
yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.. Akhirnya pohon
cinta terlarang pun berbuah..
Buah yang pahit, masam dan memabukkan.. Buah yang muncul dengan
pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi..

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya..
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi
pergerakkannya perlu diatur dan dikawal.. Jika tidak, dengan kuasa
itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan.. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan..

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana
mengharapkan keredhaan ALLAH..
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt..

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai ALLAH..

Sehubungandengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untuk ALLAH!..

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya..

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,
tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" ..


Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,
dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan
soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat
beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT..
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.. Lebih buruk
lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar
untuk bersuka-suka.. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat
dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan
syaitan.. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana ALLAH..
Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa
kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali.. Cinta
jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!


Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
hukum ALLAH yang dilanggar..

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkansembahyang,
puasa dan lain-lain..

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang
melalaikan dan merugikan..

Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,

" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,
tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?


Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan..
Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka
baja ini.. Justeru banyaklah cinta
yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan..
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya
buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA..

Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.. Dan cinta itu pasti
akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
seribu keindahannya.. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
itu akan terus bersambung ke alam akhirat.. Suami yang soleh dan
isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama
yang melahirkan cinta!


Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Moga bermanfaat....wassalam

Friday, March 18, 2011

inDahNya pEnDerITaan


"Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hamba, maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah, maka dia jauh daripada kasih sayangNYA.."

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..Aku memperkenankan permintaan orang-orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu,oleh sebab itu perkenankanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu supaya mereka menempuh jalan yang lurus''..(al-Baqarah:186)

onigiriemoticon
dua patah perkataan yang boleh mengubah hidup kita dengan kehendak Allah SWT iaitu:-

''SPECIAL REQUEST''

Special request ditujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan orang yang semakna dengannya..
manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana kita memandang nasib malang dengan cara memurnikannya..

lalu timbul persoalan...

request daripada siapa???

''dari ALLAH..''

sebab???

''dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji..''(al-Ankabut:12)

apa yang Allah request???

''sabar, redha, dan bersangka baik..''

jika tidak???

''hidup akan menderita sakit jiwa, gangguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri..dan akhirnya di akhirat pulak akan masuk neraka..''
apa yang special???

''special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk diuji.. bukan semua orang dapat..
dan special sebab bila kamu penuhi request ini, hati akan jadi tenang, hidup akan bahagia dan apabila mati masuk syurga..''dengan rahmat Allah

baiklah..
untuk memudahkan kamu..
senang macamnie..

''Special Request''

bemaksud

''janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji, dan kerana itu Allah menguji kita kerana Allah sayang kepada kita..kerana kita special dan kerana itu ''request'' adalah sabar, redha dan baik sangka dan yang sewaktu dengannya..''
kerana beginilah caranya Allah hendak menyelamatkan kita dari azab api neraka yang panas membara..
dan beginilah cara untuk masukkan kita ke dalam syurga yang abadi, bukanlah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

''Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami): sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..''(al-Baqarah:127)

''Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu..jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam kepadaMu, dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani...''(al-Baqarah:128)

sekiranya penderitaan itu mmbawa tanda ujian ALLAh kepada hambanya, penderitaan itu mmg indah.. 
Ya Allah. . Lindungi lah kami dari azab api neraka hatta asapnya sekali pun. Lindungi lah kami dari azab kubur. Lingdungilah kami dari fitnah dajjal. Amin.

Thursday, March 10, 2011

enjet2 semut..sape sakit naek atas..

"Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari." Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."Surah An-Naml ayat 17-19

****************
Semut..kejenya menghimpun mknn tanpa henti..siang malam pagi ptg dia berusaha tanpa rehat..belum pernah dilihat seekor semut t'baring keletihan..dia hanya diusung oleh teman2nya apabila dia mengalami kesakitan ataupun stlh mati..selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja..semut leh menghimpun mknn untuk bekalan yg amat lama sedangkan usianya ta lah lbih lama drpd byknya bekalan mknn yg leh dihimpunnya itu..

Semut2 penganyam adalah tukang jahit yg mahir..mereka menyambung daun2 ngan menariknya drpd dua bahagian dan menjahit daun2 tuh bersama..ngan cara ini, mereka membuat rumah yg baik utk diri mereka..semut mempunyai jenis yg lbh byk drpd hidupan2 yg lain..
Drpd setiap 700 juta semut yg dilahirkan ke dunia, hnya t'dpt 40 kelahiran manusia..ngan kata lain, jumlah semut2 di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.. berjuta2..
Kehebatan sifat2 semut ta berakhir di sini je..Walaupun, berjuta2 mereka tinggal b'sama, mereka ta mempunyai sebarang masalah di antara mereka, ta ada kekeliruan atau kecamukan..mereka hidup di dlm kehidupan yg begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.. 
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, keje gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yg amat istimewa utk di ambil..semut berkomunikasi ngan isyarat kimia iaitu semiokemikal zat kimia yg digunakan semut ukk tujuan menetapkan komunikasi (Feromon)..semut yg pling b'bahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.. 
Semua spesies semut, yg jumlahnya mencapai kira2 8.800 spesies, mencari mknn dan membawanya pulang ngan cara yg berbeza2..dlm spesies2 t'tentu, semut b'buru sendirian dan membawa pulang mknnya masing2.. spesies lain b'buru b'kelompok dan membawa serta menjaga mknnnya bersama2..
full stop...jom tgk gambar semut lak...
Semut2 mempunyai tugas2 b'beza. Mereka bekerja keras pada keje mereka tanpa berehat.
Semut adalah makhluk yg dpt idup hanya dgn b'kelompok. Mereka ta dpt b'tahan idup sendirian.


 makhluk yg sgt kecil menjalani hidup mereka secara tertib sempurna meskipun ukurannya kecil..

Walaupun tubuh mereka kecil, mereka dpt membina sarang yg begitu besar.

taip kt google image..tbe2 antu mak limah yg kuar..hahaha


*************

p/s: timbul kesedaran dlm diri nie betapa selama nie ak byk membuang masa dan hanyut dgn arus masa, merasa selesa dgn pe yg dah ada...kadang2 t'lintas gak di fikiran, sedangkan semut yg kecil nie boleh wat p'kara yg besar apatah lagi ak yg lagi besar drpdnya..dah pastinya boleh wat p'kara yg lagi besar drpd tuh..

Tuesday, March 8, 2011

realiti ak..


aku seperti kaktus digurun pasir
berusaha tegar
mengharapkan fatamorgana tiba
apalah dayaku
jika mentari membuatku rapuh
apalah dayaku jika tak ada lagi cita untukku
aku muak
kau datang lagi kekehidupanku
kembali mengemis cinta
aku bosan mendengar kata itu
aku lelah,letih ……
ingin ku teriakkan tangisan tak bersuara ini
apa maumu?
jangan kau bunuh aku perlahan
aku sangat tersakiti
aku benci …..
jangan kembali lagi
pergilah … pergilah …..

BINTANG!!!

ASSALAMUALAIKUM...

dulu taim aku kecik..aku suka sangat tengok bintang..cantik kan bintang..pastu aku suka tengok bintan gyang paling cerah...suatu ari mama cakap kat aku kalau kita rindu kan someone pandang la bintang yang paling cerah n terang..konon-kononnya someone tuh jugak tengok bintang yang palin cerah tuh..hehehe..betul ke???ntah la..betul ke ta statement nie..aku ta caye mane pon..so iye kan jela..

tapi bila aku masuk sekolah lak..aku ada kenangan ngan kawan baik aku pasal bintang..ingat lai taim tuh ada sport check besar besaran kat asrama pasal kecurian purse..ishh..meremang lak bulu roma bila ingat-ingat balik..semua pelajar ta dibenarkan masuk bilik..banyak sangat bintang taim tuh..aku ngan anis duduk tengok bintang kat dataran sekolah sambil nyanyi lagu "Kau Ilhamku"..bestnye taim tuh..sweet sangat..samapi arinie bile aku dengar lagu tuh mesti aku teringat anis..  haha...bangga gila la kalau dia bace nie..mesti kembang kempes hidung die..hahaha..maaf anis kutuk ko...

and then bila aku melangkah masuk alam kolej lak, aku kaji tentang bintang..tapi bukan astronomi la..tapi falak syarie..aku belajar cara nak cari arah kiblat..waktu solat..nama-nama bintang..putaran bumi pada paksinya..banyak agi la..aku cakap pon bukan korang faham..kadang-kadang biol gak aku study semua nie..tapi yang penting puas..aku minat..aku ta ikut kawan-kawan pon taim isi subjek pilihan..tapi dalam kelas ta sangka aku dengan kawan baik aku sekali..huhu..suke-suke..dia pon suka tengok bintang cam aku...tuh aku lagi suka...

wa...banyaknye jugak ek bintang dalam hidup aku..sejak aku kecil sampai besar..tuh belum lagi kawen..dapat anak n then taim tua..weh-weh..lambat lagi la..kalau berangan nombor 1 aku nie...haha..okey..malam nie ta leh tengok bintang..hujan...chow..selamat membaca,...

p/s: bestnye kalau dapat tengok bintang same-same ngan suami..di bawah cahaya rembulan...romantiknya...

Friday, March 4, 2011

assalamualaikum...ta taw la ak dapat hidayah dari mana arinie ak nak wat entry yang berkenaan dengan masjid...baru ak teringat aritu lecture ak ad gtaw tentang masjid cordova cordoba..ak tertarik sangat dengar die cerita...die kata masjid nie unik sangat..tu yang ak beria2 nk tgk sendiri...tp kita hanya mampu merancang..ak terlupa..baru sekarang nie ak teringat...adoy...itu la asyik makan asam je..kan da lupa...hok3x...ok kita sambung semula...bace taw!!!


*
*
*
*
*
*


*
*
*

*
*
*

*
*
*

Menyorot sejarah Masjid Cordoba pada abad ke-10, ia mencapai puncak kegemilangan di bawah Khalifah Abdul Rahman 3. Masjid Cordoba mencapai zaman kegemilangannya kerana Khalifah Abdul Rahman 3 merupakan antara pemerintah hebat yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pada masa tersebut, Cordoba merupakan kota terbesar dalam empayar Islam dan kota paling pesat membangun di Eropah mengalahkan kota-kota yang sezaman dengannya seperti Byzantium dan Baghdad terutamanya dalam bidang sains, kebudayaan dan kesenian. Cordoba menjadi taman dan raudah ilmu yang begitu pesat sehingga melahirkan pemuka pemuka ilmu yang hebat seperti Ibn Rusyhd dan Imam Qurtubhi.



Tidak hairanlah apabila tercatat dalam sejarah orang bukan Islam yang hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam ketika itu begitu mengagumi Islam sehingga mereka meniru pakaian umat Islam yang menutup aurat tersebut. Benarlah kata-kata Sheikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, tokoh agamawan India yang menyatakan bahawa sebab orang Islam meniru pakaian Barat kerana orang Barat itu dianggap maju dan umat Islam dianggap mundur. Secara psikologinya apa yang datang dari Barat itu semuanya maju termasuk cara berpakaiannya yang ternyata jauh menepati syariat Islam. Justeru, umat Islam harus bangkit menjadi umat yang maju agar umat manusia kembali dibimbing oleh syariat Islam. Ikutlah formula alim ulama yang menyatakan, “Barat maju kerana meninggalkan agama tapi umat Islam mundur kerana meninggalkan agama.”


Kehebatan
Apabila melangkah masuk ke kawasan Masjid Cordoba terserlah kehebatan seni binanya dan terasa dibawa kembali ke zaman keemasannya. Kawasan halamannya yang luas diserikan dengan pepohon yang kelihatan seakan-akan oren yang disebut sebagai ‘Lindaraja’ yang hidup subur di situ serta kolam-kolam air yang memancut air segar yang menenangkan jiwa. Namun apabila memasuki ruang dalam Masjid Cordoba hati  berasa sedih bercampur marah apabila melihat masjid agung ini dipenuhi dengan puluhan patung dan salib Kristian di hampir setiap dinding tepi masjid. Di bahagian tengah masjid pula tersergam kawasan upacara sembahyang agama Kristian yang disebut sebagai altar. Hampir keseluruhan seni bina yang ditambah oleh pemerintah Kristian selepas mereka menguasai masjid ini adalah semata-mata cuba untuk menandingi kehebatan seni bina Islam yang ternyata tiada tandingannya.

Inilah yang dilakukan oleh pemerintah Kristian di hampir semua bandar di Andalusia yang dikuasai semula daripada tangan pemerintah Islam iaitu menukarkan masjid yang sedia ada kepada gereja. Menurut seorang penulis Barat, Lawrence Bohme, pemerintah Kristian telah melakukan ‘jenayah’ kepada kesenian Islam Moors apabila menukarkan masjid yang suci kepada gereja dan penambahan di dalam masjid oleh pihak Kristian disifatkan beliau sebagai strange hybrid iaitu satu kacukan kesenian yang pelik. Masjid agung ini sunyi daripada orang yang sujud menyembah Allah apabila tidak dibenarkan dijadikan tempat untuk bersolat dan ia dikawal oleh sekumpulan pasukan polis. Mihrab masjid walaupun terpelihara namun ia dipagari oleh pagar besi seolah-olah tidak dibenarkan untuk didekati apatah lagi untuk umat Islam bermunajat. Tambah berasa terhina dan berdukacita apabila di satu sudut masjid tergantung gambar lukisan cat minyak menggambarkan seorang dua umat Islam berjubah dan berserban tunduk kehinaan menyerahkan kunci masjid kepada pemerintah Kristian yang berdiri dengan penuh kebongkakan setelah berjaya menguasai Cordoba dan Masjid Agungnya. Lukisan ini menggambarkan betapa peritnya jiwa umat apabila terpaksa menyerahkan maruah keagungan rumah Allah kepada kaum yang bukan ahlinya!.



Jika hendak berbicara soal kehebatan seni bina masjid ini pasti tidak terungkap dengan tinta dan pena kerana ia mengandungi 1,001 makna yang mendalam. Namun apa yang jelas tugasan umat bukan hanya memastikan Baitulmaqdis dibebaskan bahkan Masjid Agung Cordoba juga mengharapkan pembelaan yang sewajarnya daripada umat apabila lebih 700 tahun sunyi dan gersang daripada munajat dan doa umat yang sujud mengharapkan limpahan dan hembusan rahmat Allah.