BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 24, 2011

cinta ta terluah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
aku nak kongsi bicara tentang cinta ta terluah..dalam hidup kita, detik jatuh cinta pada someone merupakan antara momen terindah krna perasaan itu hanya hadir beberapa kali saja sepanjang kita hidup kat dunia..apabila ia hadir, seakan kebahagiaan menerpa di jendela hati sekaligus mencetuskan inspirasi untuk kita tampil lbih bergaya serta lebih berhati2 dari sudut tingkah laku serta apa jua tindak tanduk kita di setiap ketika..dalam erti kata lain cover..

semestinya untuk menarik perhatian "si dia" meskipun ta selalu berpeluang untuk bertentang mata apatah lagi berbual mesra..bagi yang bijak menusun strategi untuk memikat "si dia" pasti pelbagai cara akan dicuba untuk "si dia" sedar ada insan yang menaruh hati padanya..contohnya dengan meminta antuan orang tengah untuk menyuarakan isi hati anda e2 ataupon meminta nombor telefon atau menghadiahkan sejambak bunga..

namun ta semua berani melakukan inisiatif camni kerana ad juga sstengah daripada kita yang lebih selesa meminati dari kejauhan, mengikut perkembangan "si dia" dari setiap sudut..situasi camnie terjadi disebabkan pelbagai faktor antaranya, sifat pemalu, rasa rendah diri yang terlalu tinggi..

apabila ini berlaku, secara ta langsung mengundang risiko tinggi yang kita ta akan dapat mencapai impian hati untuk menjadikan "si dia" sebagai pasangan kita kerana disebabkan "si dia" disambar orang kerana faktor terlewat dalam kita menyuarakan hasrat hati untuk mendekati dirinya..so, kiranya anda berdepan dengan situasi ini berusaha lah...lakukan sesuatu untuk mencapai impian di hati kerana bimbang jika kecundang, rasa kecewa akan terus menghantui diri selamanya..renungkan lah!!!
ok, terus jadi pasangan terbaik di kalangan yang terbaik dan jangan sesekali kita lupa dari mana asal usul kita..wassalam..

Wednesday, April 6, 2011

derita putus cinta

BERSEDIH, muram, murung, kecewa, merana, geram malah dendam, segala detik memilukan itu mungkin dialami mereka yang menempuh alam percintaan.

Kasih diharap karam di tengah jalan. Bagi yang bercinta dan ditinggalkan si dia, putus tunang atau mereka yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga, segala perasaan itu bersatu, malah tidak mustahil boleh menjadikan seseorang itu terus memendam rasa.

Seseorang yang putus cinta biasanya menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang sudah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak tenteram, ingatan silam pasti kembali, kesedihan atau kemarahan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua.

Berikut petua menghadapi kemelut perasaan berkenaan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna:

# Ambil sedikit masa untuk diri sendiri

Apabila baru berpisah dengan pasangan, cari tempat menenangkan fikiran dan tarik nafas panjang-panjang. Kemudian, biasakan diri dengan suasana baru itu.

Sebolehnya bagi mereka yang baru bercerai atau berpisah, jangan terburu-buru mencari pasangan baru.

# Mencari hikmah dan pengajaran daripada perpisahan


Setiap perkara yang datang ada hikmahnya. Dalam mencari pengajaran, perlu muhasabah diri atau mengkaji kelemahan diri. Memang tidak dinafikan si dia mempunyai kelemahan namun masing-masing kena reda dengan ketetapan Ilahi.

# Berkongsi dan meluahkan rasa hati dengan rakan atau saudara terdekat

Sebolehnya jangan pendam perasaan seorang diri terutama bagi wanita. Ia boleh diibaratkan luka yang menjadi nanah apabila dipendam lama-lama. Carilah rakan atau saudara dekat bagi melepaskan rasa hati.

Melepaskan rasa hati ini tidak bermaksud bercerita segalanya pada mereka. Cukup dengan melakukan aktiviti baru dan menikmatinya. Itu sudah cukup untuk melepaskan rasa dalam hati dan minda.

# Bersedih berpada-pada

Jangan salahkan diri ataupun sesiapa walaupun ia bukan berpunca daripada diri kita. Semua orang melakukan kesilapan.

Ada sesetengah yang berasa diri dibuang dan tidak diperlukan lagi. Cukup! Berhenti! Mungkin bagi si dia tidak diperlukan, tetapi masih ramai orang lain yang memerlukan kita. Kita mampu mencari cinta yang lain. Teruskan hidup.

# Jangan serik untuk bercinta

Jangan takut atau fobia untuk bercinta lagi. Teruskan mencari cinta baru. Dapatkan pelbagai pandangan daripada rakan, saudara mara dan sesiapa yang mampu memberi pendapat.

Jangan malu dan paling penting, jangan lakukan kesilapan lalu.

# Berdoa dan bertawakal kepada Tuhan

Ingat sesuatu yang baik ataupun buruk di tangan Yang Maha Kuasa. Banyakkan berdoa agar mendapat jodoh yang lebih baik.

Saturday, April 2, 2011

Lumrah Seorang Remaja

entri kali ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab2mengapa
ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa
berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi
risiko adalah satu lumrah kehidupan kita..

Sekarang nikmatilah khazanah ini…..

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta
memang tidak salah..Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia.. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct.. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
jasad perlukan makanan.. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja.. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya.. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin
hubungan cinta.. Di sinilah selalunya remaja terjebak.. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt.. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
FITNAH.. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan..

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA.. Allah
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.. Keinginan tanpa
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.. Begitulah hubungan
cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam
kehidupan.. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan
sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri..
Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg
membelakangkan Tuhan!!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat..
Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kuat tertipu dengan pesona
cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.. Jangan
kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan..
Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan
meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.. Pada ketika itulah cinta
dikatakan buta.. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang
dicintainya..
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang
dicintainya.. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik
dengan cinta yang dikurniakaNya.. Bagaimanakah pula perasaan kita
agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang..
Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan
antaranya.. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi
dengan rasa manis dan megah..

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan
antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim..

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan
Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku..

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta.. Racun-racun berbisa
yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.. Akhirnya pohon
cinta terlarang pun berbuah..
Buah yang pahit, masam dan memabukkan.. Buah yang muncul dengan
pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi..

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya..
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi
pergerakkannya perlu diatur dan dikawal.. Jika tidak, dengan kuasa
itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan.. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan..

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana
mengharapkan keredhaan ALLAH..
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt..

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai ALLAH..

Sehubungandengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untuk ALLAH!..

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya..

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,
tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" ..


Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,
dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan
soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat
beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT..
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.. Lebih buruk
lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar
untuk bersuka-suka.. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat
dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan
syaitan.. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana ALLAH..
Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa
kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali.. Cinta
jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!


Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
hukum ALLAH yang dilanggar..

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkansembahyang,
puasa dan lain-lain..

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang
melalaikan dan merugikan..

Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,

" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,
tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?


Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan..
Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka
baja ini.. Justeru banyaklah cinta
yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan..
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya
buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA..

Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.. Dan cinta itu pasti
akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
seribu keindahannya.. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
itu akan terus bersambung ke alam akhirat.. Suami yang soleh dan
isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama
yang melahirkan cinta!


Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Moga bermanfaat....wassalam