BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 16, 2011

::Leka dalam perangkap masa::

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa merupakan nikmat Allah untuk kita..selagi kita hidup,kita akan menjalani hari-hari seiring dengan masa, menempuh hari siang dan malan silih berganti..

Setiap musim akan memulakan hari dengan melakukan ibadat sembahyang dan mengakhirinya juga dengan sembahyang, iaitu sembahyang Subuh dan Isyak.. jelasnya, seolah-olah seorang muslim itu hidup di antara dua sembahyang..

Apabila datang musim cuti, apakah amalan bangun pagi berterusan seperti biasa?.. kalau kita menjadi liat ataupun malas untuk bangun awal, bermakna kita tidak jujur dalam menguruskan masa.. apa yang kita lakukan selama ini adalah dalam keadaan terpaksa..



Banyak Aktiviti Terabai..
Kita mesti sedar, masa beredar begitu pantas.. seminggu berlalu kadang-kadang tidak terasa bagi kita, terutama apabila kita berada dalam keseronokan dan kegembiraan.. cuma dalam keadaan sedih atau berduka, barulah kita berasa masa terlalu lama..

Dalam mengisi hari-hari gembira, apakah kita terperangkap dengan masa?..apakah kita banyak menghabiskan masa dengan berhibur, menonton televisyen atau melepak sana-sini?..sia-sia masa kita jika kita melakukan kerja-kerja yang tidak berfaeedah dan sebagainya..

Sekiranya kita menggunakan masa untuk menonton televisyen tanpa mengira waktu misalnya, banyak aktiviti lain akan terabai..kita tidak dapat mengulang kaji pelajaran, membaca buku dan bermesra dengan family..

Menurut kajian yang dilakukan, menonton televisyen terlalu lama akan menjadikan seseorang itu pendiam, lebih menyendiri dan tidak suka bergaul, otak menjadi beku, berat mulut dan perahsia..seronokkah jika kita mempunyai peribadi begini?..

Selain itu, televisyen juga membawa banyak kesan negatif.. cerita yang dipaparkan ada yang berunsur ganas, seram, berunsur syirik dll..

Tidak menghairankan, ada yang sanggup meniru dari apa yang telah mereka tonton melalui televisyen.. kita pernah membaca laporan rakan sebaya yang nekad menjadi hero seperti aksi dalam filem.. mereka sanggup membahayakan diri semata-mata untuk berseronok..

Terlepas Waktu Maghrib
Begitu juga ketika bermain..untuk menyihatkan tubuh, kita perlu mengeluarkan peluh.. namun, janganlah leka sampai tidak tahu membataskan waktu.. ada di kalangan kita tidak sedar berada di padang sehingga azan Maghrib dilaungkan dan berlalu begitu sahaja..sepatutnya, kita pulang lebih awal untuk bersiap menunaikan sembahyang secara berjemaah di surau ataupun bersama keluarga..

Alangkah ruginya jika kita hanyut dalam permainan masa sehingga kehilangan punca..gunakanlah masa dengan pengisian yang berfaedah tanpa mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar..aktiviti yang tidak membawa manfaat seperti melepak, berbual kosong, melayari internet berjam-jam dll adalah perangkap masa yang melalaikan..

Orang yang berjaya adalah orang yang pandai menghargai masa.. tidak wajar kita melepaskan masa berlalu begitu sahaja..jadi kita hendaklah tahu membahagikan masa antara belajar, bermain dan berehat..


0 comments: