BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 20, 2011

andainya lelaki tahu hati seorang perempuan


andainya lelaki tahu..
dalam hati seorang perempuan,
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,

andainya lelaki tahu..
rajuk seorang perempuan
minta dipujuk,
marah seorang perempuan 
perlu didekati,
sedih seorang perempuan 
harus didengari,
gembira seorang perempuan
ingin dikongsi,
andainya lelaki tahu..
disebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut
bukan untuk dimanjai..
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terasa wujud
walau disaat jauh...

kerana andai lelaki tahu..
hati ini sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan.
wujudkah cinta itu di hati lelaki???
bila disaat jauh tanpa perkhabaran????

sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang..
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini...

cintailah seseorang itu kerana hatinya..
bukan paras rupa semata-mata...


0 comments: